Resepi - Kek Apam Gula Hangus
Bahan-Bahan
2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan susu pekat
Cara Masakan
Gula digoreng sampai cair, kemudian dicampurkan dgn air, kemudian sejukan.
Putarkan telur, susu, minyak dan marjerin putarkan anggaran 3 minit.
Masukan gula yang telah disejukan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan putar lagi.
Akhir sekali masukan tepung gandum d putar lagi sehingga sebati.
Kukus adunan tadi didalam loyang yg telah disapu dengan minyak kukus selama 45 minit.
Sekiranya adunan nampak cair bolehlah tambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.
Boleh juga mengunakan bekas plastik.
No comments:
Post a Comment